Setiap Masa dan Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam Merindui Kita.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang. 


      Suatu hari baginda termenung, senyum lalu menangis. Sahabat bertanya,“Mengapa ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Aku teringat akan umatku yang hidup di akhir zaman kelak, mereka tidak pernah melihatku namun masih lagi setia bersolat dan beribadah serta cinta padaku.” Tinggi cinta baginda kepada kita sehingga saat kewafatan baginda, Jibrail turun dan menyatakan, "Semua pintu syurga sedang terbuka untuk menyambut rohmu yang mulia ya Muhammad. Para malaikat emuanya sedang bersiap-siap untuk menyambutmu." Kata-kata Jibrail itu langsung tidak menggembirakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu baginda bertanya pula, "Apakah jaminan untuk umatku?" Jibrail menjawab, "Pintu syurga tidak akan dibuka untuk umat lain selagi umatmu belum memasukinya." Jawapan Jibrail itu barulah membuatkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tersenyum.

    Sahabat, tanya diri kita, apa yang sudah kita lakukan untuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam? Setelah pengorbanan dan kasih tak berbelah bagi yang dicurahkan untuk kita, apa balasan kita? Baginda rela dihina, rela diperlakukan dengan kejam, rela dipulaukan, sanggup menahan lapar, mengikat perut dengan batu, tidak masuk syurga walaupun pintu syurga terbuka luas di depan baginda. Baginda pernah patah gigi sewaktu perang Uhud, pernah ditusuk benda tajam di pipi suci baginda, baginda pernah menahan darah luka baginda yang mengalir dari tertumpah ke tanah yang boleh menyebabkan kemurkaan terbesar ALLAH SWT terhadap kita, baginda pernah berjanji andai baginda hidup di zaman Dajjal, biar baginda seorang yang berlawan dengan Dajjal dan kita hanya duduk diam. Baginda pernah berdoa agar semua kesakitan maut kita dikumpulkan dan ditimpakan ke atas baginda seorang sahaja dan biar kita tidak merasa langsung sakitnya sakaratul maut. Untuk siapa baginda berbuat semua ini? UNTUK KITA! Untuk apa baginda sanggup berbuat semua ini? KERANA KASIHNYA KEPADA KITA!

   Berselawat dan salamlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dengan sebanyak-banyaknya.


** Petikan daripada 'Khutbah Terakhir Rasulullah' karangan Ibnu Rijal

No comments:

Post a Comment

© Profile Original Hak Milik NYL Productions Official ®