Doa Selepas Wudhu'

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang


Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni mina tawabina waj 'alni minal mutatahirin waj 'alni min abdikan solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astaghfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala sayidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wasallam

Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH yang Esa tiada yang menyekutukanNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya ALLAH, jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh. Maha Suci ALLAH dengan sifat kepujianMu.  Aku bersaksi tiada tuhan selain Engkau. Aku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan ALLAH rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa daripada tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" (Hadis Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment

© Profile Original Hak Milik NYL Productions Official ®